Antara tips penjagaan kesihatan kulit wajah adalah:
Mencuci muka setiap hari pada waktu pagi dan sebelum tidur
Setelah bangun dari tidur, pastikan anda mencuci wajah anda dengan sebersihnya supaya kulit anda segar dan tampil bersih apabila berhadapan dengan orang ramai. Pastikan juga anda cuci wajah anda dengan bersih untuk hilangkan segala kekotoran dan juga solekan pada wajah sebelum anda masuk tidur,
Banyakkan minum air kosong
Mesti ramai yang kurang minum air kosong secukupnya tetapi adakah anda tahu betapa pentingnya air kosong terhadap tubuh badan anda. Kira-kira dalam 70% tubuh badan manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan ianya boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan.
Untuk memudahkan anda konsisten dengan pengambilan air kosong, beli 1 botol air kosong berukuran 3 Liter dan isi penuh setiap pagi, Letak di atas meja tempat kerja anda atau di tempat yang anda mudah nampak. Pastikan habis diminum setiap hari dan anda akan puas hati dengan hasilnya. Pada awalnya anda memang akan berasa tidak selesa dan akan kerap ke tandas, Tetapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan rutin tersebut.
Menggunakan pelembab wajah
Penggunaan pelembab atau sunblock sangat penting pada wajah. Pelembab bagus untuk mengekalkan kelembapan pada wajah, memelihara kulit dan mengelakkan kulit wajah menjadi kering dan berminyak. Sunblock atau sunscreen pula bagus untuk melindunga kulit wajah dari sinar UV yang berbahaya. Antara tips pemilihan sunscreen:
- Pastikan Sunblock anda mempunyai SPF 30 atau SPF 50.
- Pastikan Sunblock anda melindungi kulit anda dari UVA dan UVB.
- Sunblock di pakai 20 minit sebelum anda keluar dari rumah di pagi hari
Rajin berolahraga
Menjalankan gaya hidup aktif sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja elok untuk menguruskan dan mengekalkan bentuk badan yang cantik, tetapi juga bagi mengeluarkan racun bersama dengan peluh yang tubuh kita keluarkan. Tidak perlu aktiviti fizikal yang berat, cukup sekadar berjalan kaki atau naik turun tangga selama 30 minit setiap hari. Bagi kaum ibu boleh juga lakukan senaman bersama dengan anak-anak.
Selain memperoleh kulit yang cantik, dapat pakej lagi tubuh badan yang sihat dan menawan.