Tips-Solekan-Bagaimana-Cara-Sempurnakan-Blending-Pembayang-Mata-Atau-Eyeshadow

Nak dapatkan solekan mata yang cantik dan kemas pastikan anda blending eyeshadow semasa tengah bersolek itu betul.

Berikut cara untuk blending eyeshadow:

Primer

Sebelum memulakan make up, penting untuk anda prep muka anda. Prinsip yang sama yang anda perlu lakukan untuk merias mata juga. Oleskan krim mata dengan lembut pada kawasan mata. Penting untuk melembabkan mata dikawasan tersebut dan mengurangkan kulit kering. Kemudian, oleskan primer di atas dan di bawah mata agar eyeshadow bertahan lama.

Warna asas

Lapiskan bahagian asas kulit pada bahagian mata dengan warna asas yang sesuaian dengan warna mata atau warna kulit anda. Lalu gunakan berus untuk lapisi bahagian kelopak mata. Sapu bahagian mata anda dengan menggunakan berus, atau anda juga boleh menggunakan jari anda. Tapi pastikan anda membersihkan jari anda terlebih dulu ya.

Warna kedua: warna yang lebih gelap

Untuk warna kedua, anda harus memilih warna yang sedikit lebih gelap dari warna asas. Ini dapat menciptakan ilusi bayangan dan ketajaman di lipatan mata anda. Pastikan tidak membawa warna sampai ke sudut dalam kelopak mata. Yang kamu perlukan hanyalah mengaplikasikan warna yang lebih gelap ini secara rata di seluruh bagian lipatan mata.

Blend bahagian tengah

Setelah selesai menerapkan warna pada bagian lipatan mata, blendkan kedua warna tersebut menggunakan berus berukuran sedang. Gerakkan berus ke seluruh bagian lipatan mata anda dan blend warnanya secara melintang. Anda juga boleh menggerakan berus seperti lingkaran kecil, lalu sapu ke arah dalam sampai amda mencapai bagian tengah kelopak mata.

Similar Posts