Pernahkah anda hilang keyakinan diri daripada berhadapan dengan orang ramai akibat daripada ramai yang menegur blackhead dan whitehead yang terbanyak daripada kawasan hidung anda?
Sudah semestinya ada di antara anda pernah mengalami situasi begitu sehingga anda berasa malu untuk berhadapan dengan semua orang dengan keadaan muka anda yang dipenuhi dengan blackhead dan whitehead.
Apakah Punca Masalah Blackhead Dan Whitehead Ini Boleh Berlaku.
Badan kekurangan air
Kekurangan air di dalam badan akan menjadikan kulit anda akan menjadi kering dan ini akan memudahkan kedatangan blackhead dan whitehead ke wajah anda. Apabila anda kekurangan air dalam badan akan menyebabkan badan tidak boleh detox dengan sempurna jadi badan akan bertoksin yang menjadi punca blackhead dan whitehead muncul di permukaan kulit wajah anda.
Kulit berminyak.
Akibat daripada pengeluaran sebum yang berlebihan, kulit anda akan menjadi sangat berminyak dan akan menyebabkan kulit anda akan terdedah dengan masalah liang pori terbuka. Maka, kulit anda akan mengalami masalah jerawat, blackhead dan whitehead.
Terdedah pada cahaya matahari yang berlebihan
Terdedah dibawah sinaran cahaya matahari yang berlebihan juga akan menyebabkan kulit muka anda akan rosak. Kadar penghasilan kolagen juga akan berkurang bergantung pada usia seseorang dan akan menjadi kendur. Apabila hal ini terjadi, kulit muka anda akan mula membuka liang pori dan akan menyebabkan ia nya tersumbat.
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah blackhead dan whitehead yang anda alami ini. Caranya anda boleh pergi ke spa kecantikkan untuk membuat rawatan muka anda. Jika tidak mampu, guna sahaja bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dapur anda.
Bagaimanakah Cara Mudah Dan CepatUntuk Anda Singkirkan Blackhead Dan Whitehead dari hidung anda.
Tomato
Tomato sangat kaya dengan sifat antiseptik yang sangat berkesan untuk membersihkan liang pori pori tersumbat yang merupakan punca blackhead dan whitehead
Caranya: Ambil sebiji tomato, hancurkan hingga halus. Kemudian sapukan ke muka sebagai mask, Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Sapukan pada tempat yang selalu muncul blackhead dan whitehead ni seperti di hidung, dahi dan wajah yang ada blackhead dan whitehead. Lagi bagus pakai sebelum tidur. Biarkan semalaman dan kering di muka
Anda akan rasai kulit muka anda menjadi makin tegang dan segar.
Skrub Gula
Gula juga merupakan antara cara menghilangkan whitehead secara semula jadi. Gula ini jika di ambil secara berlebihan dalam makanan dan minum memang akan memudaratkan kesihatan, tetapi tidak apabila digunakan untuk kecantikan
Gula dipercayai dapat membuang minyak muka yang berlebihan dan dapat mengecilkan liang pori yang terbuka. Gula putih kebiasaan nya digunakan untuk kecantikan badan seperti body scrub, manakala gula perang pula digunakan di muka dan bibir
Caranya: Ambil dua sudu gula campurkan bersama minyak zaitun dan sedikit jus lemon. Kemudian sapu ke muka dan biarkan selama20-30 minit. Baru bilas.
Anda juga boleh menambah essential oil seperti minyak pati lavender atau minyak pati geranium untuk dapatkan efek wangi dan menenangkan
Jus lemon
Jus lemon juga sangat digunakan secara meluas sebagai cara menghilangkan blackhead di hidung dengan cepat. Jus lemon dikatakan dapat mengurangkan bukaan liang pori dan dapat mencerahkan wajah
Namun anda perlu pastikan jus lemon dicampur dengan air sedikit kerana ianya bersifat asid dan mungkin akan menyebabkan pedih di muka anda (bergantung pada tahap sensitiviti kulit anda
Caranya : Perahkan lemon di dalam mangkuk, asingkan biji jika ada. Campurkan bersama dengan garam sedikit untuk lebih efektif. Sapu pada muka dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih
Amalkan setiap hari selama sebulan dan rasai sendiri hasil yang menakjubkan!
Ais
Ais merupakan salah satu tips hilangkan blackhead dan whitehead. Menurut pakar kecantikan, ais dapat melancarkan kadar pengaliran darah pada kulit yang merupakan rahsia untuk membina kulit yang lebih sihat
Caranya: Masukkan ais ke dalam beg plastik ziplock dan balut dengan kain. Pastikan anda tidak letak ais terus ke muka. Tekapkan ais di bahagian yang bermasalah selama 20-30 saat. Ulang proses sehingga ais cair
Jika anda tidak mempunyai masa, anda boleh guna
cara kedua: Cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk dapatkan khasiat lebih pada muka anda gantikan air kosong dengan air jus timun atau green tea yang telah dibekukan,
Oat
Antara cara semula jadi hilangkan blackhead dan whitehead di wajah adalah menggunakan oat. Oat juga dikatakan sangat bagus dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis sensitif kerana sifat nya yang mampu mengawal iritasi. Oat sangat bagus jika dijadikan sebagai masker kerana teksturnya yang lembut amat sesuai sebagai exfoliater atau menyingkarkan sel kulit mati, blackhead dan whitehead. Bukan saja kulit bertambah bersih dan segar, malah kulit di hidung juga menjadi licin! Oat sememangnya cara terbaik untuk hilangkan blackhead
Caranya: Ambil tiga sudu oat dan rendam kan dengan air. Biarkan seketika untuk oat kembang. Kemudian sapu pada muka. Urutkan perlahan – lahan muka dan biarkan ia kering seketika. Selepas itu bilas macam biasa
Untuk lebih efektif anda boleh campur bersama madu atau susu kambing.
Bonus
Jika anda nak kulit yang cantik dari dalam boleh amalkan pengambilan vitamin C sebiji 1 hari secara konsisten dan nantikan hasilnya pasti wow.