Tips-Untuk-Memanjangkan-Bulu-Mata-Secara-Semula-Jadi

Sudah menjadi impian kepada setiap wanita untuk memiliki bulu mata yang panjang dan lentik secara semula jadi. Ini kerana tidak semua orang wanita memiliki bulu mata yang lebat dan cantik. Hanya segelintir sahaja yang memilikinya. Jadi, untuk memiliki bulu mata yang cantik dan lebat boleh ikuti tips panjangkan bulu mata,

Sikat Dengan Kerap

Bulu mata ini mempunyai sikat khas untuk disikat dan merapikan bulu mata.

Tips-Untuk-Memanjangkan-Bulu-Mata-Secara-Semula-Jadi-eyelashes-brush

Sapukan vaseline pada setiap malam

Produk yang mempunyai petroleun jelly seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata. Bagaimanakah caranya untuk aplikasikan vaseline ke bulu mata.

Ambil sedikit vaseline dengan menggunakan cotton bud atau berus maskara. Kemudian sapukan kepada bulu mata sebelum tidur. Amalkan selalu untuk dapatkan kesan yang cepat.

Guna Minyak semula jadi

Minyak semula jadi yang boleh digunakan adalah seperti:

  1. Minyak zaitun
  2. Minyak kelapa
  3. Minyak jojoba
  4. Minyak castor

Minyak semula jadi seperti ini mempunyai kandungan mineral, vitanin dan agen untuk memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.

Sapu Vitamin E

Vitamin E ini membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Jadi, sapukan losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata dan hati-hati semasa memakai kerana takut terkena mata.

Makan Biotin

Biotin ini adalah vitamin B Kompleks. Perbanyakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B Kompleks seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang. Vitamin B kompleks ini memberikan kesan kepada bulu mata dan juga dapat menyigatkan rambut.

Tekap dengan teh hijau

Teh hijau juga boleh digunakan untuk panjangkan bulu mata. Caranya adalah basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekapkan pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik sahaja anda bangun dari tidur.

Tips-Untuk-Memanjangkan-Bulu-Mata-Secara-Semula-Jadi-eyelashes

Secara kesimpulannya, amalkan tips-tips yang dikongsikan supaya dapat memberikan kesan.

Similar Posts