Kebiasaan bagi wanita akan bersiap lebih lama untuk menghadiri sesuatu majlis hanya kerana untuk menampilkan diri dengan solekan yang sempurna. Bagaimana jika anda terlewat untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi anda tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai jika anda tidak bersolek.
Di sini admin akan kongsikan bagaimana cara anda untuk mendapatkan solekan yang simple tetapi tetap cantik walaupun anda sudah terlewat untuk menghadiri sesuatu majlis.
Memakai Pelembap Muka (moisturizer)
Pelembap muka ini adalah sebagai prep sebelum anda bersolek. Fungsi pelembap muka ini adalah untuk mendapatkan kulit anda nampak lebih segar. Pastikan pelembap yang anda gunakan mempunyai SPF sekurang-kurangnya SPF 50 yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV.
Penggunaan Warna Gincu
Anda di sarankan untuk pakai Gincu yang berwarna terang kerana warna terang akan menaikkan seri wajah anda.
Pastikan anda pilih warna gincu yang betul untuk anda tampil menyerlah. Gincu adalah senjata untuk anda tampil berseri walaupun solekan anda hanya simple.
CC Cushion Sebagai Asas Solekan (Base Makeup)
CC Cushion ini adalah sebagai pengganti kepada foundation. CC Cushion boleh meratakan tona kulit wajah anda kerana ia merupakan color corrector cream. Ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah anda. Tambahkan sedikit blusher dalam solekan anda.
Aplikasikan Maskara
Anda digalakkan guna maskara untuk bahagian mata untuk nampak lebih natural dan tidak perlu mengambil masa untuk aplikasikan pembayang mata di bahagian mata. Anda digalakkan untuk gunakan maskara yang lebih volume untuk bulu mata nampak lebih tebal.
Kening
Jika anda mahir dalam melukis kening. Anda boleh lengkapkan solekan anda dengan melukis kening. PAstikkan anda gunakan warna coklat atau coklat gelap. Elakkan penggunaan warna hitam.
Semoga tips yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda dan semoga anda tampil cantik berseri sentiasa!
Sumber: thebeautydeskmy.com